Saturday, October 22, 2016

KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS



1. Dapat kekalkan nilai

  • Dari sejarah kita dapat melihat emas digunakan sebagai matawang dalam transaksi perniagaan atau untuk tujuan menyimpan harta. Factor utama untuk ini ialah kerana emas dapat mengekalkan nilainya.



2. Membantu menabung 

  • Kalau kita menyimpan wang ringgit di dalam bank  agak mudah bagi kita membelanjakannya tapi kalau menabung emas kita rasa sukar untuk menjualnya kerana daya tarikan logam tersebut menimbulkan rasa ingin menyimpannya.




3. Menjaga kekayaan kita

  • Matawang kita berisiko dimamah inflasi dan pengurangan nilai. Semua matawang di dunia mengalami risiko yang sama. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi nilai matawang. Antara faktor yang mempengaruhi nilai matawang ialah inflasi. Inflasi yang tinggi bermakna setiap ringgit yang kita ada cuma dapat membeli peratusan kecil servis atau barangan dari tahun ke tahun.
  • Emas boleh dikatakan kalis inflasi kerana tidak banyak dipengaruhi oleh faktor yang mempengaruhi nilai matawang. Wang ringgit yang ditukar ke emas akan dilindungi dari kesan inflasi.


4. Boleh dipajak gadai (Ar-Rahnu)


  • Tidak semua emas jongkong atau syiling (bar/coin) diterima di Ar-Rahnu (pajak) bank-bank atau pos. Emas public gold boleh dipajak dengan bayaran upah simpan tanpa caj lain. Wang dari pajakan emas boleh digunakan untuk tujuan menggembangkan perniagaan. Lebih mudah daripada memohon pinjaman. Tetapi kita perlu beringat wang dari pajakan jangan dibelanjakan untuk benda yang tidak memberi pulangan (seperti membeli pakaian).


5. Aset yang mampu dimiliki

  • Kalau dibandingkan dengan hartanah emas adalah aset yang mampu dimiliki oleh semua. Public gold ada menyediakan kemudahan menabung melalui program GAP (Gold Accumulation Program) dengan modal serendah RM100 sahaja anda mampu memiliki emas berketulenan 999.9 atau 24k. Akaun GAP adalah percuma, cuma perlu minima 1g (ikut harga emas semasa) untuk dibuka. Ia juga disokong 100% oleh emas iaitu beli 1g emas dapat 1g emas. Tidak ada caj tersembunyi atau kehabisan emas.


6. Mudah dipindah atau dibawa ke mana-mana

  • Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini di tanah air pemilik emas boleh membawa aset mereka bersama. Harta-harta lain tidak mudah malah mustahil dibawa bersama seperti tanah atau rumah. 
 






7. Muflis boleh beli

  • Bagi mereka yang diisytihar muflis tidak boleh membeli aset seperti rumah tetapi mereka boleh membeli emas.














8. Biarlah rahsia!

  • Jumlah harta yang dimiliki seperti rumah, bangunan dan tanah ada rekod di bank atau institusi lain. Pihak terbabit boleh menyiasat jumlah aset kita. Emas yang kita beli kita sahaja yang tahu jumlahnya. Ini untuk keselamatan kita sendiri atau keluarga daripada orang yang berniat jahat seperti culik dan ugut.


9. Mudah diwariskan

  • Hartanah perlu ada wasiat atau surat kebenaran bagi membolehkan orang yang ditinggalkan mewarisi harta. Emas fizikal yang kita simpan boleh diserah tanpa sebarang urusan pejabat.



10. Tidak lusuh atau buruk

Wang kertas yang dimakan anai-anai
  • Kita ada mendengar orang yang mengumpul dan menyimpan duit dalam tin, dibawah bantal, dalam buluh atau dalam plastik tetapi kecewa apabila wang kertas yang mereka simpan tidak lagi bernilai kerana lusuh atau rosak. Juga, wang kertas lama tiada nilai intrinsik seperti emas.




Untuk info lanjut,

WAN MUHD YUSRI
PUBLIC GOLD AUTHORISED DEALER
PG00067660
012-8871702
wanyusri@gmail.com
FB: Public Gold Invest Sarawak


No comments:

Post a Comment