Monday, October 3, 2016


AR-RAHNU EMAS (PAJAK GADAI)


Persepsi orang ramai mengenai pajakan emas dari dulu-dulu sehingga kini tidak berubah. Ini menyebabkan kita malu untuk memajak emas yang pada hakikatnya jika dilakukan dengan betul dapat menjana modal bagi tujuan pelaburan (yang dipastikan keuntungannya). Sebagai contoh kita memajak emas jongkong public gold untuk modal bagi memulakan sesuatu peniagaan. Apabila perniagaan tersebut mendapat keuntungan kita tebus semula emas dengan cuma membayar harga menyimpan yang minimum sahaja berbanding dengan pembiayaan persendirian. Tetapi tidak dinafikan pajakan emas boleh mendatangkan kerugian jika tidak dilakukan dengan betul.



 Untuk mengira jumlah pajakan dan jumlah yang perlu dibayar balik (termasuk upah simpan) kita perlu mengetahui beberapa perkara.


1. Nilai Marhun iaitu nilai emas semasa (bergantung 

    dengan tempat pajak) 

2. Kadar upah simpan 

3. Jumlah pajakan:

  • Bank Rakyat membenarkan jumlah pajakan RM 10,000 sehari dan RM 50,000 jumlah terkumpul, maksimum 300g emas

  • Margin pinjaman maksima sehingga 70% (bagi pelanggan baru ~ 65%)

4. Tempoh gadaian (sehingga 6 bulan, tempoh maksima 

     lanjutan 18 bulan dari tarikh gadaian)




Formula upah simpan Ar-Rahnu:

Upah Simpan = Nilai Marhun x Kadar Upah Simpan  x 12 x Tempoh (hari)
                                                                   100                                       365            


Contoh:

- Nilai marhun (nilai emas) : RM5000 (mengikut bank)

- Jumlah pinjaman : RM3500 (70%)

- Tempoh : 180 hari (6 bulan)

- Kadar upah simpan (ditetapkan oleh bank) : RM 0.85

Penggiraan:

Upah simpan = 5000 x 0.85/100 x12 x 180/365

                         = 5000 x 0.0085 x 12 x 0.49

                         = RM249.90

Jumlah tebus semula emas = RM3500 + RM249.90

                                                 = RM3749.90 (NB: TIADA CAJ & FI TAMBAHAN)


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.



Wan Muhd Yusri | PG Dealer | PG00067660
012-8871702  | wanyusri@gmail.com           

No comments:

Post a Comment