ADAKAH MELABUR DALAM EMAS ITU BERFAEDAH?
Kepentingan emas di ekonomi global
Walaupun emas tidak lagi menyokong USD (atau mata wang lain di seluruh dunia) mengapa ia masih penting hari ini? Jawapan mudah adalah walaupun emas tidak lagi di barisan hadapan dalam transaksi setiap hari, ia masih penting dalam ekonomi global. Sebagai bukti, cuba kita lihat rizab bank-bank pusat dan organisasi kewangan lain, seperti International Monetary Fund (IMF). Pada masa ini, organisasi ini bertanggungjawab memegang kira-kira satu perlima daripada bekalan emas dunia. Selain itu, beberapa bank-bank pusat telah memberi tumpuan untuk menambah rizab emas mereka.
Emas menjaga kekayaan
Sebab-sebab kepentingan emas dalam ekonomi moden adalah berdasarkan pada hakikat bahawa ia telah berjaya mengekalkan kekayaan dari generasi ke generasi. Bagaimanapun, ini tidak boleh dikatakan mengenai mata wang kertas. Nilai mata wang kertas susut dari tahun ke tahun.
Emas kalis inflasi
Idea bahawa emas mengekalkan kekayaan adalah penting dalam keadaan ekonomi di mana pelabur berhadapan dengan inflasi yang semakin meningkat (akibat kenaikan harga komoditi). Dari sejarah, kita tahu emas telah berkhidmat sebagai pelindung kekayaan. Dengan inflasi yang semakin meningkat, nilai emas biasanya terpelihara. Apabila pelabur menyedari bahawa wang mereka kehilangan nilai, mereka akan mula meletakkan pelaburan mereka dalam aset yang secara tradisinya akan mengekalkan nilainya iaitu emas.
Emas pelindung pelaburan
Emas mempelbagaikan pelaburan

No comments:
Post a Comment