Sunday, January 1, 2017

Pendapatan Aktif & Pasif

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kesimpulan daripada talk "Business Opportunity Presentation" oleh En Zulkifli Shafie (Jutawan Emas Public Gold) - 28 Disember 2016

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



1. Jangan memasuki sebarang pelaburan seperti saham atau emas sekalipun sekiranya wang simpanan kecemasan anda kurang daripada 6 kali ganda gaji anda. 

2. Pendapatan pasif bermaksud kita tak kerja pun duit masuk. Jadi duduk rumah sahaja pun duit masuk. Ini boleh dilakukan melalui "introducer's royalty" khas buat para dealer Public Gold. 

3. Ketulenan emas PG tidak perlu dipertikaikan kerana POS Malaysia pun memilih emas PG untuk "co-branding". 

4. Bisnes adalah penjana kewangan yang paling baik. Berganda-ganda keuntungannya. 

5. Keuntungan dalam bisnes adalah "compounding" iaitu RM200...RM400...Rm800... dan seterusnya cuma kita perlu berdisiplin jangan belanjakan duit putaran. Simpan dalam bentuk cash & emas baru kita merasa keuntungan berniaga. 

6. Public Gold adalah platform perniagaan yang bagus & percuma. 

7. Ilmu emas atau ilmu menjana pendapatan pasif apabila dikongsikan boleh memberi pulangan dalam bentuk royalti "introducer" kepada para dealer PG. 

8. Pendapatan pasif daripada royalti dealer PG dapat diwariskan kepada isteri.

9. Keuntungan daripada jual beli emas cuma lebih kurang 2 kali setahun (buy low-sell high) dan berjumlah 10% sahaja. Jadi kalau nak kaya kena bisnes bukan hanya jual beli emas.

                             
10. Emas tidak memberi sebarang pulangan dalam bentuk interest jadi simpan juga sebahagian wang anda didalam institusi seperti ASB, tabung haji dan lain-lain. Jangan simpan semua dalam bentuk emas. Wang anda tidak akan berkembang banyak TAPI nilainya terpelihara.  

11. Kita hendaklah membuat simpanan sebanyak 10% daripada jumlah gaji kita setiap bulan bagi tujuan kecemasan atau lain-lain. 

12. Untuk menjana pendapatan pasif sebanyak RM10,000 sebulan kita hendaklah mempunyai RM2.4 juta untuk dilaburkan tapi kalau mempunyai 1000 orang penyimpan emas yang membeli 1g setiap bulan kita akan mendapat pendapatan pasif seumur hidup sebanyak RM4000. Ini untuk Master Dealer Public Gold. Kalau mempunyai lebih ramai penyimpan emas dibawah kita lagi banyaklah duit. 

13. Bijak mempergunakan kemudahan yang disediakan oleh PG atau "leverage" akan membantu kita dalam perjalanan kita mencari pendapatan pasif. 

14. Wang ringgit yang diletakkan dalam bentuk emas tidak hilang cuma bentuk sahaja bertukar dan nilainya terpelihara. 

15. Pencen bukan ditafsirkan oleh umur tapi kekayaan yang kita ada. Tidak semestinya pencen di hari tua sahaja. Kalau dapat menjana pasif income yang kita rasa cukup dah boleh pencen. Pencen muda.