Monday, December 19, 2016

AKAUN SIMPANAN ATAU EMAS?


Terdapat banyak cara yang berbeza yang anda boleh pilih untuk menyimpan wang anda apabila anda merancang masa depan. Dua kaedah popular yang digunakan adalah dengan memasukkan wang ke dalam akaun simpanan dan melabur dalam emas


Akaun simpanan telah wujud sejak bank pertama dibuka, manakala emas telah menjadi komoditi yang bernilai tinggi sejak beribu-ribu tahun lagi. Jadi bagaimana anda tahu yang pilihan cara simpanan yang anda pilih adalah lebih selamat dan menguntungkan untuk keperluan kewangan peribadi anda? Jelas sekali jawapannya anda akan memilih emas. 


Masalah dengan akaun simpanan adalah apabila anda meletakkan wang anda di sana, ia tidak berkembang banyak. Kadar faedah (0.1 ke 4%) yang diberi oleh bank-bank ternama amat menyedihkan kerana mereka tidak melaburkan wang anda maka mereka tidak akan memberikan anda keuntungan. 



Walaupun membeli emas tidak akan memberikan anda keuntungan serta merta, ia adalah satu pelaburan yang mantap yang akan terus berkembang. Emas lebih bernilai daripada wang ringgit menyebabkan ia pelaburan yang baik. Sepanjang tempoh masa anda memiliki emas, nilai emas tersebut akan meningkat . Ini adalah satu bentuk pelaburan yang sangat bijak bagi mana-mana individu, dan sebab mereka memilih emas kerana mereka tidak perlu memantau pelaburan emas, tidak seperti saham. Anda tidak perlu menjual emas apabila inflasi tinggi, dan kemudian mendiam diri jika inflasi turun seperti saham. 



Wang dalam akaun simpanan anda akan menjadi selamat, tetapi dengan kadar faedah semasa ia tidak akan memberi apa-apa keuntungan. Mengeluarkan wang daripada akaun simpanan dan kemudian melabur dalam emas akan menjadi pilihan yang lebih baik untuk anda. Emas adalah pelaburan kekal yang akan berkembang lebih tinggi apabila permintaan meningkat dengan masa, dan sebab itulah begitu ramai pelabur memilih emas menjadi sebahagian daripada portfolio mereka. Menyimpan sebahagian daripada wang simpanan dalam bentuk emas adalah satu tindakan yang bijak bagi persediaan menghadapi perkara-perkara yang tidak dijangka dimasa akan datang.
















Thursday, December 8, 2016


ADAKAH MELABUR DALAM EMAS ITU BERFAEDAH?

 

Kepentingan emas di ekonomi global


Walaupun emas tidak lagi menyokong USD (atau mata wang lain di seluruh dunia) mengapa ia masih penting hari ini? Jawapan mudah adalah walaupun emas tidak lagi di barisan hadapan dalam transaksi setiap hari, ia masih penting dalam ekonomi global. Sebagai bukti, cuba kita lihat rizab bank-bank pusat dan organisasi kewangan lain, seperti International Monetary Fund (IMF). Pada masa ini, organisasi ini bertanggungjawab memegang kira-kira satu perlima daripada bekalan emas dunia. Selain itu, beberapa bank-bank pusat telah memberi tumpuan untuk menambah rizab emas mereka.

 

Emas menjaga kekayaan

Sebab-sebab kepentingan emas dalam ekonomi moden adalah berdasarkan pada hakikat bahawa ia telah berjaya mengekalkan kekayaan dari generasi ke generasi. Bagaimanapun, ini tidak boleh dikatakan mengenai mata wang kertas. Nilai mata wang kertas susut dari tahun ke tahun.

 


Emas kalis inflasi 

Idea bahawa emas mengekalkan kekayaan adalah penting dalam keadaan ekonomi di mana pelabur berhadapan dengan inflasi yang semakin meningkat (akibat kenaikan harga komoditi). Dari sejarah, kita tahu emas telah berkhidmat sebagai pelindung kekayaan. Dengan inflasi yang semakin meningkat, nilai emas biasanya terpelihara. Apabila pelabur menyedari bahawa wang mereka kehilangan nilai, mereka akan mula meletakkan pelaburan mereka dalam aset yang secara tradisinya akan mengekalkan nilainya iaitu emas.

 

Emas pelindung pelaburan

Ketidaktentuan politik dan ekonomi adalah satu lagi realiti persekitaran ekonomi moden kita. Atas sebab ini, pelabur biasanya melihat emas sebagai tempat yang selamat selama masa ketidaktentuan politik dan ekonomi ini. Mengapa? Sejarah penuh dengan keruntuhan empayar, rampasan kuasa politik dan kejatuhan mata wang. Dalam masa-masa itu, pelabur yang ada emas dapat berjaya melindungi kekayaan mereka dan, dalam beberapa kes, menggunakan emas untuk melarikan diri dari semua kegawatan. Oleh itu, setiap kali terdapat berita-berita yang menghala kepada situasi ketidaktentuan politik dan ekonomi, pelabur akan membeli emas sebagai penyelamat kekayaan.

 

Emas mempelbagaikan pelaburan

  Tidak kira sama ada keadaan inflasi, penurunan nilai mata wang, atau untuk melindungi kekayaan anda, jelas sekali bahawa emas boleh digunakan 
dalam pelaburan sebagai komponen bagi mempelbagaikan portfolio anda.












Friday, December 2, 2016

WORLD GOLD COUNCIL RECOMMENDATION

Gold has unique properties as an asset class. Modest allocations to gold of 2 per cent to 10 per cent can protect and enhance the performance of an investment portfolio.* A 5 per cent to 6 per cent allocation is optimal for investors with a well-balanced 60/40 portfolio.*
Retail buyers are embracing gold’s investment properties. Even so, gold still only makes up less than one per cent of investors’ asset allocations.
Investors of all levels of experience are attracted to gold as a solid, tangible and long-term store of value that historically has moved independently of other assets.* Our analysis shows that gold can be used in portfolios to protect global purchasing power, reduce portfolio volatility and minimise losses during periods of market shock. It can serve as a high-quality, liquid asset to be used when selling other assets would cause losses. National central banks, tewards of the world’s largest long-term investment portfolios, use gold to mitigate portfolio risk in this way, and have been net buyers of gold since 2010.

Gold has also become more readily accessible, due to the development of a range of products, which investors and advisors can include in their own and their clients’ portfolios. The diversity of gold-backed and gold-related products means that gold can be used to enhance a wider variety of individual investment strategies and risk tolerances.
Investors also make use of gold’s lack of correlation with other assets to diversify their portfolios and hedge against currency risk.
The World Gold Council is the global authority on gold and gold markets, and produces high-quality research on what drives the gold market, and the merits of investing in gold.
*World Gold Council, Gold Investor: Risk management and capital preservation, Volume 4, Why invest in gold?, October 2013

Adapted from: http://www.gold.org/investment/why-invest-gold 

 

Thursday, December 1, 2016

  

CARA MENAMBAH GAP MENGGUNAKAN TRANSAKSI PEMBANKAN ONLINE FPX


Periksa harga GAP dan "LOGIN". Jika hendak menambah GAP tekan butang biru "BUY NOW"




Masukkan nilai pembelian





Pilih " CLICK TO PAY"








Pilih bank yang anda akan guna untuk pembankan online

Teruskan pembankan online seperti biasa

Pastikan jumlah diisi dengan betul

Selepas pembankan online sila lengkapkan transaksi dengan menekan butang "COMPLETE YOUR TRANSACTION"

Tekan "Back to Website"

Periksa statement MyGAP anda